Wednesday, January 14, 2009

4.17 a.m

di sebabkan xde keje n xngntuk lg...smbil menunggu dan meneman seseorg yg tgh berkerja...so aku nk kongsi sket pasal maksud kcar...


K-car adalah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat negara matahari terbit iaitu Jepun. Lazimnya, istilah K-car adalah dikhususkan bagi kenderaan 1000 c.c dan ke bawah mengikut spec. asalnya. K- itu sendiri adalah membawa maksud kecil didalam bahasa Jepun.Apa yang menarik ialah pengeluar-pengeluar kereta ternama seperti daihatsu,honda,subaru,suzuki dan banyak lagi turut tidak ketinggalan mengeluarkan kereta mengikut spec. k-car ini.

Bagi kita rakyat malaysia , bahang k-car ini lebih dirasakan sebaik sahaja adanya usahasama perodua dan daihatsu yang mengeluarkan kereta kancil. Kini kehadiran kenari yang sinonim dengan move dan kelisa yang mirip kepada storia/L700 sudah pasti akan menjadi mangsa modifikasi anak muda tempatan khasnya dan peminat modifikasi umumnya.Sekarang ni boleh dikatakan sudah banyak terdapat kancil jelmaan mira di jalan raya. Permintaan terhadap barangan Mira sememangnya membuatkan tokey kedai potong untung besar dengan meletakkan harga yang tinggi untuk barangan Mira ini. Sebaiknya buatlah survey sebelum membeli barang yang diingini supaya anda tidak tertipu.Kalau banyak duit takpelah, ada aje barang terus bayar.Pokoknya, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk membelanjakan wang mengikut perancangan tersendiri.

0 comments: